IEA: Permintaan Minyak Global Akan Meningkat Kembali Bulan Hadapan

IEA: Permintaan Minyak Global Akan Meningkat Kembali Bulan Hadapan

Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) dalam laporannya hari ini menunjukkan permintaan minyak global jatuh tiga bulan berturut-turut berikutan peningkatan

Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) dalam laporannya hari ini menunjukkan permintaan minyak global jatuh tiga bulan berturut-turut berikutan peningkatan kes jangkitan Covid di Asia, namun dijangka pulih pada bulan hadapan.

Permintaan jatuh dari bulan Julai setelah pulih pada bulan sebelumnya, dengan pengguna minyak mentah utama China mendorong penurunan, jelas IEA.

“Permintaan minyak global masih berada di bawah tekanan akibat varian Covid-19 Delta yang semakin menular di negara pengguna utama, terutama di bahagian Asia,” kata laporan itu.

Permintaan jatuh sebanyak 310,000 tong sehari secara purata dalam tempoh tiga bulan hingga September.

Namun begitu, pemulihan dijangka berlaku pada Oktober dengan peningkatan sebanyak 1.6 juta tong sehari serta pemulihan yang berterusan hingga akhir tahun ini.

“Berita terkini mengenai Covid lebih meyakinkan, dengan kes-kes global menyusut dalam beberapa minggu terakhir, kemajuan berterusan dalam pembuatan dan inokulasi vaksin, termasuk langkah-langkah penjarakan sosial yang semakin dilonggarkan oleh kebanyakan negara,” ujar IEA.

IEA menurunkan sedikit unjuran permintaan minyak pada tahun ini, namun melihat pertumbuhan yang lebih tinggi pada 2022.

Mengulas tentang taufan Ida, IEA menyebutkan bahawa kerosakan dan gangguan kawasan penghasilan minyak di Teluk Mexico pada akhir Ogos lalu masih menimbulkan masalah terhadap bekalan domestik dan dunia.

Unjuran IEA ini juga selari dengan pandangan OPEC yang menjangkakan permintaan minyak global akan melepasi paras pra-pandemik pada tahun hadapan, dipandu oleh vaksinasi dan pemulihan ekonomi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: