Imbangan Perdagangan Australia Di Bawah Jangkaan

Imbangan Perdagangan Australia Di Bawah Jangkaan

Data petunjuk ekonomi Australia ini telah diterbitkan sebentar tadi, berada lebih rendah berbanding jangkaan. Lebihan dagangan Australia adalah seban

Data petunjuk ekonomi Australia ini telah diterbitkan sebentar tadi, berada lebih rendah berbanding jangkaan. Lebihan dagangan Australia adalah sebanyak 5,926 juta AUD di bawah jangkaan sebanyak 6,000 juta AUD dan bulan sebelumnya 7,268 juta AUD. Keadaan ini telah disebabkan oleh peratusan eksport yang turut jatuh kepada -3.5%, menjejaskan industri bijih besi, arang dan emas. Import pula dilihat menokok sebanyak sebanyak 3% sebahagian besarnya telah disumbangkan oleh kelemahan AUD.

Pada sebelah awal pagi tadi, AIG dan Commonwealth Bank Composite PMI telah memberikan lonjakan awal pada AUD apabila terbitan data tersebut telah memberikan keputusan yang melebihi jangkaan. AUD terus mengabaikan keputusan keputusan Imbangan Perdagangan yang lemah, selepas kebimbangan kemelesetan ekonomi AS mengheret USD jatuh.

Namun begitu, kenaikan AUD ini dilihat adalah sedikit terhad disebabkan oleh perkembangan terbaharu ketegangan perdagangan AS-EU dan oleh kerana ketiadaan isyarat yang lebih jelas dari China yang sedang bercuti panjang pada minggu ini.

Pasangan AUD/USD pada ketika ini berada pada paras 0.67150 setelah sebelum ini gagal untuk berada konsisten di bawah paras terendah pada bulan Ogos sekitar 0.66765. Kini pasaran sedang menantikan terbitan data dari AS pada sebelah malam nanti pula. Sebarang hasil data yang lemah akan meneruskan tekanan ke atas USD dan akan melonjakkan AUD/USD lebih tinggi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: