IMF Bakal Menyalur Bantuan Bernilai AS$410 Juta Kepada Kenya

IMF Bakal Menyalur Bantuan Bernilai AS$410 Juta Kepada Kenya

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) semalam telah mencapai satu kesepakatan untuk meneruskan pembayaran sebanyak AS$ 410 juta kepada Kenya yang mana m

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) semalam telah mencapai satu kesepakatan untuk meneruskan pembayaran sebanyak AS$ 410 juta kepada Kenya yang mana merupakan sebahagian daripada jumlah pakej bantuan yang diluluskan pada bulan April.

“Pembiayaan ini mesti terlebih dahulu disetujui oleh Dewan Lembaga Gabenor, yang akan bertemu dalam beberapa minggu hadapan”, kata IMF dalam satu kenyataan semalam.

IMF telah meluluskan sehingga AS$2.34 bilion pakej bantuan pada bulan lepas yang akan dikeluarkan sepanjang tempoh 38 bulan, di bawah Kemudahan Kredit Lanjutan dan Kemudahan Dana Lanjutan dan kira-kira AS$307.5 juta telah dikeluarkan.

“Pemulihan ekonomi sedang berjalan dan gelombang ketiga Covid-19 di Kenya yang semakin reda menunjukkan bahawa aktiviti berpotensi terus meningkat, namun suasana untuk membuat dasar masih tidak menentu,” tambah IMF.

Selain itu, IMF turut memuji kerajaan Kenya yang berusaha meningkatkan ketelusan dan kesungguhan dalam memerangi rasuah.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: