Bank-bank pusat seluruh dunia mungkin menjadi “bimbang” tentang akan terjejasnya ekonomi dengan pantas disebabkan oleh pengetatan monetari untuk mela
Bank-bank pusat seluruh dunia mungkin menjadi “bimbang” tentang akan terjejasnya ekonomi dengan pantas disebabkan oleh pengetatan monetari untuk melawan inflasi, sekali gus mendorong mereka untuk kembali mengurangkan kadar faedah, kata ketua ekonomi Tabung Kewangan Antarabangsa semalam.
Tindakan sebegitu akan menjadi satu kesilapan besar kerana akan memanjangkan bebanan inflasi, kata pengarah penyelidikan IMF Pierre-Olivier Gourinchas dalam satu temu bual.
Gourinchas berkata kenaikan kadar faedah seperti yang dijangkakan daripada Federal Reserve hari ini telah pun meningkatkan kos pinjaman dan melemahkan permintaan.
Proses kenaikan itu perlu diteruskan sehingga kadar inflasi kembali berada berhampiran sasaran dua peratus setahun bank pusat, tambahnya.
IMF telah mengurangkan prospek pertumbuhan ekonomi globalnya semalam dengan memberi amaran bahawa pengetatan monetari, kesan limpahan daripada perang di Ukraine serta penutupan Covid-19 di China, berpotensi mendorong ekonomi global ke ambang kemelesetan dalam beberapa bulan mendatang.
“Oleh itu, bank pusat mungkin menjadi bimbang tentang perkara ini. Adakah mereka benar-benar bersedia untuk kekal dalam haluan sambil terus memerhatikan inflasi dan menurunkannya?,” soal Gourinchas.
“Inilah sebabnya apabila kita melihat tahun-tahun kehadapan, situasi ini benar-benar akan menjadi persekitaran yang akan menguji keberanian bank pusat di seluruh dunia,” jelasnya.
COMMENTS