IMF: Ekonomi Australia Berkembang Pada Kadar Sederhana

IMF: Ekonomi Australia Berkembang Pada Kadar Sederhana

International Monetary Fund (IMF) berkata pada hari Isnin yang lalu bahawa ekonomi Australia dijangka akan bergerak pada kadar yang sederhana berikuta

International Monetary Fund (IMF) berkata pada hari Isnin yang lalu bahawa ekonomi Australia dijangka akan bergerak pada kadar yang sederhana berikutan pertumbuhan pendapatan yang lemah memberi tekanan kepada perbelanjaan, menyebabkan perlunya kepada ransangan melalui dasar kewangan (policy monetary) dan fiskal.

Bagi menyokong kenyataan di atas, IMF menjelaskan bahawa kadar faedah Australia kini berada di paras yang ‘meransangkan’. RBA telah mengekalkan kadar faedah di paras terendah 1.50% lebih daripada setahun dengan inflasi teras berada di bawah sasaran 2-3% selama dua tahun.

“Dengan momentum permintaan domestik yang lebih kuat dan sasaran julat inflasi yang masih belum dapat ditentukan, penerusan ransangan polisi ekonomi makro adalah penting”, lapor IMF dalam sesi lawatannya di Australia.

“Dengan pemulihan ekonomi Australia yang masih ketinggalan berbanding negara maju yang lain, fokus dasar kewangan adalah penting bagi memastikan momentum kekal utuh selari dengan permintaan domestik dan inflasi.” tambah mereka.

IMF yakin bahawa ekonomi Australia berjumlah A$1.7 trillion masih boleh berkembang berikutan perbelanjaan kerajaan dalam infrastruktur yang tinggi. Perkembangan dalam infrastruktur akan memberi impak yang positif kepada pelaburan swasta dan dapat menutup kekurangan dalam pelaburan awam.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: