IMF Gesa Setiap Negara Kekalkan Bantuan Fiskal Sepanjang Krisis

IMF Gesa Setiap Negara Kekalkan Bantuan Fiskal Sepanjang Krisis

Memetik laporan Reuters, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sekali lagi memberi peringatan bahawa krisis koronavirus belum berakhir, menggesa supaya

Memetik laporan Reuters, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sekali lagi memberi peringatan bahawa krisis koronavirus belum berakhir, menggesa supaya kerajaan terus menawarkan bantuan fiskal bagi memicu pemulihan yang sihat.

“Sokongan mesti dikekalkan sepanjang krisis. Penarikan bantuan yang terlalu awal akan menjejaskan mata pencarian dan meningkatkan potensi meluasnya kebangkrapan, yang mana akhirnya akan menghambat pemulihan”, jelas IMF.

IMF juga memberi amaran bahawa kerosakan yang terhasil dari krisis kesihatan ini berkemungkinan lebih besar daripada yang dijangkakan.

“Di negara-negara yang mempunyai kapasiti perbelanjaan yang terbatas, keutamaan terhadap perbelanjaan mungkin diperlukan bagi melindungi mereka terjejas”, tambah IMF.

Laporan tersebut walau bagaimanapun tidak memberi kesan kepada sentimen pasaran yang ketika ini yang mana masih dalam mood yang positif dengan jangkaan ‘gelombang biru’ bakal menguasai majoriti pada pilihan raya AS kali ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: