IMF: Hentikan Sekatan Pergerakan Tidak Menjamin Pemulihan Ekonomi Yang Pantas

IMF: Hentikan Sekatan Pergerakan Tidak Menjamin Pemulihan Ekonomi Yang Pantas

Syarikat-syarikat terpaksa ditutup bagi menangani penularan wabak koronavirus, namun mengangkat sekatan pergerakan tetap tidak menjamin pemulihan eko

Syarikat-syarikat terpaksa ditutup bagi menangani penularan wabak koronavirus, namun mengangkat sekatan pergerakan tetap tidak menjamin pemulihan ekonomi yang lebih pantas sehingga virus dihapuskan, jelas IMF hari ini.

Penjarakan sosial secara sukarela memainkan peranan besar dalam suasana ekonomi Covid-19 yang telah menyekat sebahagian besar pergerakan, kata IMF menerusi laporan World Economic Outlook (WEO) dalam bab kesan ‘lockdown’.

Hasil tinjaun data pergerakan oleh Google dan Vodafone menunjukkan penjarakan sosial memainkan peranan penting untuk berhadapan dengan kemelesetan ketika ini, yang mana “perlu lebih berhati-hati untuk berpandangan bahawa pemulihan ekonomi akan bergerak lebih pantas jika sekatan diangkat”.

“Hal ini sangat relevan bagi negara-negara yang telah mengangkat sekatan lebih awal, sedang angka jangkitan secara relatif masih tinggi”, tambah IMF.

Laporan WEO menunjukkan sekatan ketat yang dilakukan di awal krisis dilihat lebih berkesan menangani penularan virus berbanding sekatan yang dilaksanakan selepas kes jangkitan meningkat tinggi.

Namun, penulis tetap memperingatkan “selagi risiko kesihatan yang ketara berterusan, aktiviti ekonomi akan kekal suram”.

Mereka juga mengulangi gesaan pengarah IMF, Kristalina Georgieva supaya kerajaan meneruskan usaha meransang aktiviti ekonomi sambil mengekalkan penjarakan sosial dan program bekerja di rumah.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: