IMF: Hutang Dunia Masih Jauh Melebihi Paras Pra-Pandemik Walaupun Mengalami Penurunan

IMF: Hutang Dunia Masih Jauh Melebihi Paras Pra-Pandemik Walaupun Mengalami Penurunan

Hutang awam dan swasta dunia menyaksikan kejatuhan terbesar dalam tempoh 70 tahun pada 2021 selepas mencapai rekod tertinggi kerana kesan Covid-19.

Hutang awam dan swasta dunia menyaksikan kejatuhan terbesar dalam tempoh 70 tahun pada 2021 selepas mencapai rekod tertinggi kerana kesan Covid-19.

Bagaimanapun, secara keseluruhannya hutang masih kekal jauh di atas paras pra-pandemik, kata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) hari ini.

Dalam blog yang dikeluarkan bersama Pemantau Hutang Dunia, IMF berkata jumlah hutang awam dan swasta menurun sebanyak 10 mata peratusan kepada 247 peratus daripada KDNK global pada 2021 daripada puncaknya sebanyak 257 peratus pada 2020.

Angka itu juga dibandingkan dengan sekitar 195 peratus daripada KDNK yang direkodkan pada tahun 2007, tahun sebelum berlakunya krisis kewangan global.

Dari segi dolar, hutang global terus meningkat, walaupun pada kadar yang lebih perlahan, mencecah rekod AS$235 trilion pada tahun lalu.

Pemberi pinjaman global itu berkata menurut data daripada 190 buah negara, hutang swasta, termasuk obligasi korporat bukan kewangan dan isi rumah, telah memandu pengurangan secara keseluruhan, menurun sebanyak 6 mata peratusan kepada 153 peratus daripada KDNK.

Penurunan 4 mata peratusan untuk hutang awam, kepada 96 peratus daripada KDNK, adalah penurunan terbesar dalam beberapa dekad, jelas IMF.

Perubahan luar biasa besar dalam nisbah hutang yang diistilahkan sebagai “rollercoaster hutang global” adalah disebabkan oleh pemulihan ekonomi daripada Covid-19 dan kenaikan inflasi yang pantas, tambahnya.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: