IMF: Inflasi Berpotensi Jadi Semakin Sukar Untuk Dipisahkan Di Sebahagian Negara

IMF: Inflasi Berpotensi Jadi Semakin Sukar Untuk Dipisahkan Di Sebahagian Negara

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam satu kenyataan berkata isu inflasi berpotensi menjadi semakin sukar untuk dipisahkan pada sebahagian negara

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam satu kenyataan berkata isu inflasi berpotensi menjadi semakin sukar untuk dipisahkan pada sebahagian negara di dunia jika gangguan rantaian bekalan berterusan atau unjuran jangka pendek bertukar menjadi jangka panjang.

Di AS sebagai pemilik ekonomi terbesar dunia, inflasi dijangka menurun pada thaun 2022, namun para penggubal dasar tetap berwaspada dengan risiko peningkatan, jelas jurucakap IMF, Gerry Rice dalam satu taklimat.

“Paras tinggi inflasi AS yang berterusan mungkin memerlukan tindak balas dasar yang lebih besar, yang mana akan menimbulkan kemerosotan sistemik untuk kedua-dua, AS dan ekonomi global,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa secara amnya, unjuran inflasi dalam hampir kesemua ekonomi telah berhenti, “Tetapi, jika gangguan rantaian bekalan berterusan, atau unjuran inflasi bertukar menjadi jangka panjang, isu ini akan menjadi semakin sukar dipisahkan.”

Oleh itu, bank pusat perlu untuk “kekal berwaspada” terhadap tekanan inflasi dan IMF sedang meninjau senario mengenai dasar monetari dan fiskal, termasuk kesan limpahan ke atas ekonomi negara membangun daripada pengetatan monetari ekonomi maju.

Presiden Fed New York John Williams pada Khamis berkata trend inflasi di Amerika Syarikat perlu diteliti berikutan ianya menjadi semakin meluas dan jangkaan untuk kenaikan harga masa depan semakin meningkat.

Rice juga menyebutkan bahawa harga gas asli telah meningkat ke paras tertinggi di sebahagian tempat seluruh dunia.

Bagaimanapun, IMF menjangkakan harga tenaga akan kembali normal pada tahun hadapan apabila permintaan pemanasan serta bekalan susut dan stabil.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: