russia-border

IMF: Inflasi Berpotensi Kekal Lebih Lama Jika Konflik Rusia-Ukraine Memuncak

Konflik yang semakin memuncak antara Rusia dan Ukraine berkemungkinan akan meningkatkan lagi kos tenaga dan harga komoditi bagi kebanyakan negara.

Hal ini juga akan menyebabkan kadar inflasi utama terus meningkat untuk tempoh yang lebih lama, kata pegawai tertinggi IMF semalam.

Memetik laporan Reuters, Timbalan Pengarah Urusan Pertama IMF, Gita Gopinath berkata keadaan sekarang jauh berbeza dengan konflik yang berlaku pada 2014 ketika Rusia mengambil alih wilayah Crimea dari Ukraine.

“Kali ini, jika konflik ini berlaku, anda akan melihat kenaikan harga tenaga,” kata Gopinath sambil menyatakan bahawa krisis tersebut akan berlaku pada musim sejuk dengan simpanan gas asli yang rendah di Eropah.

Harga komoditi lain yang dieksport oleh Rusia juga meningkat, dan boleh mencetuskan “peningkatan (harga) yang lebih besar dan meluas” jika konflik semakin meruncing, tambahnya.

Selain itu, konflik yang berterusan juga akan mengakibatkan inflasi utama yang telahpun berada di paras tinggi di seluruh dunia akan “terus meningkat untuk lebih lama”.

Pada 2015, ekonomi Rusia mengucup 3.7% akibat kejatuhan harga minyak dan sekatan antarabangsa yang dikenakan selepas pengambil alihan secara paksa wilayah Crimea.

IMF ketika ini mengunjurkan pertumbuhan 2.8% ekonomi Rusia pada 2022, namun unjuran tersebut tidak memasukkan risiko konflik, jelas Gopinath.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *