IMF Kecilkan Unjuran KDNK Tahun Ini, Jangkakan Kemelesetan Global Yang Lebih Mendalam

IMF Kecilkan Unjuran KDNK Tahun Ini, Jangkakan Kemelesetan Global Yang Lebih Mendalam

Pandemik Koronavirus telah menjejaskan aktiviti ekonomi lebih luas dan dalam daripada apa yang dijangkakan, kata IMF pada hari Rabu, mendorong mereka

Pandemik Koronavirus telah menjejaskan aktiviti ekonomi lebih luas dan dalam daripada apa yang dijangkakan, kata IMF pada hari Rabu, mendorong mereka untuk mengurangkan unjuran KDNK pada tahun ini.

Berdasar data terbaru yang diperoleh daripada kesan penutupan perniagaan, IMF kini menjangkakan KDNK 2020 bakal menyusut sebanyak 4.9%, lebih tinggi berbanding pengucupan 3.0% yang diramalkan pada bulan April lalu.

Dengan ramalan pertumbuhan global menurun ke paras 5.4% untuk tahun ini berbanding jangkaan 5.8% yang diterbitkan pada bulan April, pertumbuhan pada tahun 2021 juga dijangkakan lebih lemah.

Walau bagaimanapun, IMF mengatakan jika wabak baru yang besar berlaku pada tahun 2021 ianya akan mengecilkan pertumbuhan tahunan hingga hampir 0.5%.

Selain itu, IMF turut menyebutkan bahawa ciri unik penutupan dan penjarakan sosial telah mempengaruhi pelaburan dan penggunaan walaupun ekonomi mula dibuka kembali.

“Kita sudah pasti belum keluar daripada bahaya. Kita belum terlepas dari Great Lockdown,” kata Ketua Ekonomi IMF Gita Gopinath pada sidang akhbar.

“Dengan ketidakpastian yang luar biasa ini, pembuat dasar harus terus berwaspada.”, tambah beliau.

IMF memandang kemelesetan yang berlaku adalah lebih buruk berbanding ‘Great Depression’ yang berlaku pada tahun 1930-an dimana KDNK Global susut 10%.

Namun, dengan pelonggaran dan ransangan fiskal bernilai $10 trilion daripada bank-bank pusat seluruh dunia dilihat berjaya mencegah daripada berlakunya kebankrapan besar-besaran dan lebih banyak sokongan masih diperlukan, jelas Gopinath.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: