imf-view

IMF: Kegawatan Perbankan Mampu Cetus Risiko Kewangan Berterusan

Kegawatan perbankan di Amerika Syarikat dan Eropah baru-baru ini boleh merebak kepada institusi bukan bank yang penting seperti dana persaraan, merumitkan lagi usaha bank pusat menentang inflasi yang tinggi, kata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) semalam.

Risiko perbankan “boleh meningkat dalam beberapa bulan hadapan di tengah-tengah pengetatan dasar monetari berterusan secara global”, tulis ahli ekonomi IMF dalam satu catatan blog.

“Ia juga berpotensi merebak ke sektor bukan bank yang saling berkaitan, yang kini memegang hampir separuh daripada semua aset kewangan seluruh dunia,” jelasnya.

Kenyataan itu diterbitkan bersama satu bab daripada laporan dwitahunan IMF mengenai kestabilan kewangan global.

Bank-bank pusat di kedua-dua belah Atlantik semakin dilema untuk memastikan usaha menangani inflasi yang tinggi dengan menaikkan kadar faedah tidak akan menambah kegawatan dalam sektor perbankan yang telah dicetuskan oleh kejatuhan dramatik Silicon Valley Bank.

Pemberi pinjaman berteknologi tinggi California itu jatuh setelah mengambil risiko kadar faedah yang berlebihan, sehingga menyebabkannya pendedahan syarikat terlalu tinggi apabila Fed memulakan kempen kenaikan kadar yang agresif pada tahun lalu.

Pengantara kewangan bukan bank (NBFI) seperti dana persaraan dan pelaburan pula telah berkembang secara mendadak sejak krisis kewangan global 2008 susulan kawalan selia perbankan yang lebih ketat.

NBFI sangat saling berkaitan dengan bank tradisional, dan boleh “menjadi saluran penguatan tekanan kewangan yang penting,” kata IMF.

Saiz semata-mata sektor NBFI bermakna “fungsi lancar sektor bukan bank adalah penting untuk kestabilan kewangan”, tulis IMF.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *