IMF Naikkan Unjuran Pertumbuhan Dunia, Jalan Keluar Daripada Krisis Semakin Jelas Kelihatan

IMF Naikkan Unjuran Pertumbuhan Dunia, Jalan Keluar Daripada Krisis Semakin Jelas Kelihatan

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada hari Selasa telah menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi global buat kali kedua dalam tempoh tiga bulan, sambi

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada hari Selasa telah menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi global buat kali kedua dalam tempoh tiga bulan, sambil memperingatkan tentang jurang perbezaan ekonomi yang semakin melebar antara negara maju dan negara membangun.

Memetik laporan terbaru ‘World Economic Outlook’ semalam, IMF menjangkakan ekonomi dunia akan berkembang kira-kira 6% pada tahun ini, 0.5% lebih tinggi berbanding unjuran yang dikeluarkan pada Januari lalu.

Ramalan tersebut merupakan yang tertinggi sepanjang empat dekad yang lalu, diterbitkan selepas ekonomi dunia mengalami pengucupan sehingga 3.3% pada tahun 2020.

Mengulas tentang perbezaan unjuran antara negara maju dan membangun, IMF berkata ianya mencerminkan perbezaan terhadap sokongan dasar kerajaan dan bergantung kepada kejayaan mereka dalam melancarkan vaksin Covid-19.

Hal ini seiring dengan kenyataan yang disebutkan oleh IMF pada minggu lalu, iaitu kebanyakkan output negara maju tidak akan mencapai tahap pra-wabak sehingga tahun 2022, sementara negara membangun pula dijangka memerlukan sehingga tahun 2023 untuk pulih ke paras tersebut.

Walaupun ketidaktentuan tentang wabak masih tinggi, namun “jalan keluar daripada krisis ekonomi dan kesihatan ini semakin jelas kelihatan”, kata ketua ekonomi IMF Gita Gopinath dalam laporan tersebut.

IMF turut menegaskan supaya para pembuat dasar mengurangkan sokongan fiskal secara bertahap bagi menghindari risiko ‘fiscal cliff’ iaitu kesan daripada cukai yang tinggi bagi menampung perbelanjaan negara sementara jumlah pekerjaan sedikit.

Selain itu, IMF juga mengulangi gesaan kepada negara-negara kaya untuk membantu negara-negara miskin menangani Covid-19, di samping mengutamakan perbelanjaan penjagaan kesihatan yang lebih meluas.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: