IMF: Pengambilan Risiko Berlebihan Punca Harga Saham Melonjak Melebihi Nilainya

IMF: Pengambilan Risiko Berlebihan Punca Harga Saham Melonjak Melebihi Nilainya

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam satu kenyataan berkata bantuan kerajaan yang besar telah memberi kecairan dalam membantu ekonomi yang terjej

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam satu kenyataan berkata bantuan kerajaan yang besar telah memberi kecairan dalam membantu ekonomi yang terjejas akibat wabak, namun turut mengakibatkan lonjakan harga saham melebihi nilai mereka yang sebenar.

“Sokongan dasar yang belum pernah terjadi sebelum ini mungkin mengakibatkan hal yang tidak diingini, “termasuk “pengambilan risiko yang berlebihan di pasaran kewangan,” kata IMF.

Senario ini telah menyumbang kepada lonjakan harga saham “jauh lebih tinggi” berbanding apa yang ditunjukkan menerusi fundamental syarikat, jelas IMF dalam Laporan Kestabilan Kewangan Global terbaru yang dikeluarkan hari ini.

Harga saham di seluruh dunia, terutama dalam sektor teknologi telah mengalami peningkatan yang kukuh sepanjang krisis wabak.

Malah momentum sejak beberapa minggu terakhir telah mendorong pasaran saham untuk terus mencatat rekod tertinggi yang baru, disokong oleh tanda pemulihan ekonomi yang kuat.

Di AS, saham S&P 500 naik lebih 50 peratus sejak tahun lalu, manakala saham teknologi Nasdaq pula meningkat lebih 73 peratus.

Walaupun IMF optimis dengan unjuran pertumbuhan ekonomi global, namun mereka tetap memperingatkan supaya para pembuat dasar menghindari daripada “mengetatkan kedudukan kewangan secara meluas” sehingga berisiko memicu reaksi yang tidak seimbang.

Sebagai contoh, prospek pemulihan di AS yang lebih cepat telah menimbulkan kebimbangan bahawa Fed akan menaikkan kadar faedah atau mengetatkan dasar mereka lebih cepat daripada yang dijangkaan, sekali gus “berpotensi merosakkan prospek pertumbuhan”.

Namun begitu, laporan juga menyebutkan, “Lanjutan sokongan dasar masih diperlukan sehingga berlakunya pemulihan yang stabil dan inklusif yang dapat menjaga aliran kredit kepada ekonomi dan mencegah wabak daripada mengancam sistem kewangan global”.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: