IMF Sedia Gandakan Usaha Membantu Lubnan Namun Perlukan Kerjasama Dari Seluruh Institusi Negara

IMF Sedia Gandakan Usaha Membantu Lubnan Namun Perlukan Kerjasama Dari Seluruh Institusi Negara

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam pada hari Ahad lalu berkata mereka bersedia menggandakan usaha untuk membantu Lubnan rentetan isu letupan di

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam pada hari Ahad lalu berkata mereka bersedia menggandakan usaha untuk membantu Lubnan rentetan isu letupan di pelabuhan Beirut, namun memerlukan kerjasama dari seluruh institusi negara tersebut untuk melakukan pembaharuan.

Dalam satu kenyataan kepada persidangan penderma kecemasan untuk Lubnan, pengarah urusan IMF, Kristalina Georgieva, membentangkan bentuk reformasi yang diharapkan, termasuk langkah-langkah bagi memulihkan kewangan awam dan mengukuhkan sistem kewangan, serta perlindungan sementara untuk mengelakkan aliran keluar modal yang berterusan.

Bahkan sebelum letupan besar yang telah mengorbankan 158 orang tersebut, krisis kewangan yang melanda Lubnan telah menyebabkan mereka terpaksa berunding dengan IMF pada bulan Mei lalu berikutan kegagalan membayar hutang matawang asing, namun perbincangan ditangguhkan tanpa sebarang pembaharuan.

“Kami bersiap sedia menggandakan usaha kami. Tetapi kami memerlukan kesatuan matlamat di Lubnan – kita memerlukan semua institusi untuk bersama-sama bertekad melaksanakan reformasi yang sangat diperlukan”, jelas Georgieva.

“Komitmen terhadap pembaharuan ini akan membuka kemasukan dana berbilion dolar bagi kepentingan rakyat Lubnan. Inilah saatnya pembuat dasar negara bertindak tegas. Kami bersedia untuk membantu”, tambah beliau.

Georgieva juga menggesa Lubnan supaya segera mengambil langkah-langkah untuk mengurangi kerugian yang berlarutan pada kebanyakkan perusahaan milik negara dan mengembangkan jaringan keselamatan sosial bagi melindungi mereka yang paling terjejas.

Krisis kewangan mula melanda Lubnan pada Oktober tahun lalu ketika mana aliran masuk modal semakin perlahan dan tercetusnya tunjuk perasaan kerana rasuah dan pemerintahan yang buruk.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: