IMF Turunkan Unjuran Pertumbuhan Ekonomi China Bagi Tahun 2021

IMF Turunkan Unjuran Pertumbuhan Ekonomi China Bagi Tahun 2021

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menurunkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) China 2021 daripada 8.2% kepada 7.9%. Penurun

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menurunkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) China 2021 daripada 8.2% kepada 7.9%.

Penurunan tersebut dibuat berikutan kesan berterusan wabak Covid-19 yang telah menekan ekonomi global secara signifikan sejak tahun lalu.

China telah mencatat pengucupan ekonomi pada tiga bulan pertama tahun lalu akibat daripada sekatan pergerakan dan penutupan kilang-kilang bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Namun ekonomi kedua terbesar dunia ini semakin pulih sejak wabak dilaporkan telah terkawal dan sekatan dimansuhkan sehingga menjadi satu-satunya negara maju yang masih berkembang ketika ini.

Walau bagaimanapun, pertumbuhan 1.9% sepanjang tahun 2020 yang selari dengan unjuran IMF mengesahkan bahawa ekonomi China telah merosot ke paras terendah sejak 1976, tahun sebelum mereka memulakan reformasi ekonomi.

“Ekonomi China meneruskan pemulihan yang cepat dari wabak, dibantu oleh usaha membendung yang gigih dan tindakan segera kerajaan untuk mengurangkan krisis,” kata IMF.

“Namun, pertumbuhan masih tidak seimbang karena pemulihan sangat bergantung pada sokongan masyarakat sementara perbelanjaan swasta masih perlahan,” tambah mereka.

Sementara itu, defisit kerajaan China pula dijangka meningkat kepada 18.2% daripada KDNK 2020, beranding 12.6% pada tahun sebelumnya.

China dilihat sedang menyesuaikan ekonomi dengan ‘norma wabak’ menerusi bantuan teknologi dan digitalisasi perkhidmatan, namun IMF memperingatkan bahawa aktiviti dijangka kekal di bawah kapasiti untuk tempoh masa sederhana.

“Sehingga akhir tahun 2021, beberapa sekatan dan penjarakan sosial secara sukarela akan terus menekan aktiviti perkhidmatan antara individu,” kata IMF dalam laporannya.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: