Impak Positif Laporan Pekerjaan UK Hanya Bersifat Sementara?

Impak Positif Laporan Pekerjaan UK Hanya Bersifat Sementara?

Pasaran dikejutkan dengan perkembangan sektor pekerjaan UK bulan November yang lebih baik dengan purata pendapatan naik 3.2% tahun ke tahun, dan pend

Pasaran dikejutkan dengan perkembangan sektor pekerjaan UK bulan November yang lebih baik dengan purata pendapatan naik 3.2% tahun ke tahun, dan pendapatan teras tanpa bonus naik 3.4% menepati sasaran ahli ekonomi.

Walau bagaimanapun, laporan di atas belum cukup untuk menghentikan pengumuman rate cut bank pusat England (BoE) pada bulan ini.

Pertama, kerana data yang dikeluarkan adalah untuk bulan November sementara angka jualan runcit dan inflasi bulan Disember yang lebih terkini menunjukkan penurunan yang konsisten.

Kedua, kadar pendapatan tanpa bonus (teras) masih mencerminkan kelembapan, manakala dengan bonus hanya memaparkan pergerakan yang mendatar.

Oleh itu, impak positif daripada data pekerjaan November yang lebih baik berkemungkinan hanya bersifat sementara kerana BoE masih di atas landasan untuk mengumumkan rate cut pada bulan ini.

Keputusan dasar BoE akan diumumkan pada 30 Janauri dan pasaran menjangkakan bank pusat akan memotong kadar faedah pada pertemuan miggu hadapan.

Namun, persoalannya apakah perkenalan rate cut BoE ini hanya akan diumumkan sekali atau menjadi pemula kepada kitaran pemotongan.

Kemas kini data PMI pada hari Jumaat akan memberi gambaran yang lebih jelas dan secara keseluruhannya spekulasi terhadap isu Brexit, BoE dan ekonomi global akan terus mempengaruhi dinamik pergerakan matawang.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: