Indeks Harga Pengeluar China Meningkat Paling Pantas Dalam 5 Tahun

Indeks Harga Pengeluar China Meningkat Paling Pantas Dalam 5 Tahun

Harga Pengeluar China Bulan Disember prestasinya meningkat sejak 5 tahun lalu. Pencapaian ini menjangkau daripada jangkaan. Harga barangan mentah s

Harga Pengeluar China Bulan Disember prestasinya meningkat sejak 5 tahun lalu. Pencapaian ini menjangkau daripada jangkaan.

Harga barangan mentah seperti arang dan lain lain meningkat sementara inflasi pengguna dapat dibendung.

Dengan kemudahan pinjaman yang disediakan serta permintaan pembinaan bangunan tinggi,kenaikan harga pengeluar ini memberi indikasi bahawa China kini amat stabil dan permintaan domestik sentiasa di penuhi oleh aktiviti-aktiviti pembuatan China.

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh Reuters, pakar ekonomi telah menjangkakan kenaikan sebanyak 4.5%.

Pada Selasa yang lalu Jabatan Statistik China memberitahu,Indeks Pengeluar China melonjak 5.5% dari tahun lepas.

Kenaikan ini merupakan yang tertinggi jika dibandingkan dengan kenaikan Bulan November iaitu sebanyak 3.3% dan ini memberikan keuntungan kepada industri bahan mentah serta industri perlombongan di Negara China.

Jabatan statistik memberitahu lagi, aktiviti turun naik harga (volatility) di penukaran matawang merupakan salah satu sebab kenaikan ini,kerana pengimpotan komoditi menjadi terlalu mahal.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: