Indeks Kebimbangan Pengguna Australia Melonjak Ke Paras Tertinggi 3 Tahun Lalu, AUD/USD Kekal Di Zon Terendah

Indeks Kebimbangan Pengguna Australia Melonjak Ke Paras Tertinggi 3 Tahun Lalu, AUD/USD Kekal Di Zon Terendah

Tekanan berish ke atas dollar Aussie pada hari Rabu yang lalu semakin menguat apabila hasil tinjauan National Bank Australia (NAB) mengesahkan peruba

Tekanan berish ke atas dollar Aussie pada hari Rabu yang lalu semakin menguat apabila hasil tinjauan National Bank Australia (NAB) mengesahkan perubahan dovish pendirian bank pusat Australia (RBA).

Indeks Kebimbangan pengguna Australia hasil tinjauan NAB melonjak 62 mata pada akhir tahun 2018, paras tertinggi dalam tempoh 3 tahun yang lepas, didorong oleh keberhutangan dan pertumbuhan pendapatan yang perlahan.

Bacaan yang semakin meningkat bermaksud perbelanjaan pengguna di masa hadapan akan kekal lemah dalam tempoh masa yang terdekat.

Data tersebut juga selari dengan pandangan RBA yang mengatakan bahawa perbelanjaan pengguna merupakan risiko utama ke atas ekonomi Australia sehingga menyebabkan perubahan pandangan mereka ke atas kadar faedah.

Menjelang laporan suku tahunan polisi monetari RBA esok, ucapan Gabenor RBA Philip Lowe pada hari Rabu lalu mengisyaratkan bahawa beliau bersedia untuk mengumumkan rate cut jika diperlukan.

Kenyataan tersebut sekali gus menghambat jatuh AUD/USD daripada 0.7243 kepada 0.7103, penurunan sebanyak harian sebanyak 1.77% dan yang terbesar sejak 24 Jun 2016 yang lalu.

Sehingga jam 3.25 petang, AUD/USD masih didagang di zon terendah bulanan, berada sekitar paras 0.7105.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: