Indeks USD Menunju Peningkatan Mingguan Terbesar Sejak Krisis 2008

Indeks USD Menunju Peningkatan Mingguan Terbesar Sejak Krisis 2008

Para pelabur pada hari Jumaat mengambil kesempatan untuk melakukan 'profit taking' USD pada awal pembukaan sesi Eropah apabila Trump mengancam untuk

Para pelabur pada hari Jumaat mengambil kesempatan untuk melakukan ‘profit taking’ USD pada awal pembukaan sesi Eropah apabila Trump mengancam untuk campur tangan di dalam perang harga minyak antara Arab Saudi dan Russia.

WSJ melaporkan bahawa White House sedang mempertimbangkan desakan diplomatik ke atas Arab Saudi supaya menutup saluran minyak mereka dan akan mengenakan sekatan ke atas Rusia untuk mereka menurunkan pengeluaran.

Selain itu, sentimen juga sedikit memulih berikutan para pelabur mula menyesuaikan diri dengan gelombang pelonggaran dasar daripada bank-bank pusat utama, di samping optimis dengan program ransangan UK yang lebih besar.

Gambaran pemulihan tersebut dapat dilihat menerusi peningkatan saham Asia, komoditi dan peningkatan hasil bon 10-tahun AS kepada 1.158%

Dolar AS walau bagaimanapun masih menunju peningkatan mingguan terbesar sejak krisis tahun 2008 berikutan pandemik covid-19 tetap memicu kebimbangan pelabur terhadap risiko isu kecairan di dalam pasaran.

Keperluan tunai yang besar telah mendorong Fed untuk mengembangkan pasaran pendanaan dolar kepada sembilan buah negara termasuk Singapura, Korea Selatan, Brazil, Sweden, Australia, New Zealand, Mexico, Norway dan Denmark.

Sehingga jam 2.40 petang, indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain didagang sekitar 102, berundur 0.90% namun masih mengekalkan peningkatan hampir 4% sepanjang minggu ini.

Secara keseluruhan, kecenderungan dolar AS masih bullish dengan fokus pelabur terus tertumpu kepada perkembangan covid-19 dan kesannya ke atas ekonomi global dalam keadaan dasar kewangan bank pusat yang lebih longgar.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: