beras-rice

India Sedia Mengehadkan Eksport Beras, Berisiko Menjejaskan Bekalan Global

India, penghantar beras terbesar di dunia, berkemungkinan akan menyekat beberapa eksport susulan ancaman bekalan domestik, satu langkah yang berisiko menambah kekacauan dalam pasaran makanan global.

Bloomberg melaporkan bahawa peningkatan harga tempatan telah mendorong kerajaan India untuk mempertimbangkan pengurangan eksport beras yang rosak, yang menyumbang hampir 20% daripada penghantaran India ke luar negara.

Rundingan kini sedang dalam peringkat lanjutan dan keputusan mungkin diumumkan tidak lama lagi, kata sumber yang dirahsiakan kepada Bloomberg.

India menyumbang 40% daripada perdagangan beras global. Oleh itu, sekatan eksport akan menambahan tamparan kepada negara-negara yang sedang bergelut dengan krisis kos sara hidup dan kelaparan yang semakin teruk.

Ia akan memberi kesan buruk kepada berbilion-bilion manusia yang bergantung kepada makanan ruji, dengan kira-kira 90% daripada beras dunia ditanam dan digunakan di Asia.

Tidak seperti harga gandum dan jagung, yang melonjak selepas pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, harga beras stabil kerana stok simpanan yang banyak, sekali gus menghindari krisis makanan yang lebih besar.

Namun, harga tetap melonjak pada tahun ini berikutan peningkatan permintaan eksport.

Pada tahun 2008, pengharaman eksport oleh India dan Vietnam telah menimbulkan panik terhadap isu bekalan sehingga menyebabkan harga beras melebihi AS$1,000 satu tan, lebih dua kali ganda paras ketika ini.

Beras yang rosak kebiasaannya digunakan untuk makanan haiwan ternakan terutamanya di China dan penghasilan ethanol di India.

Tindakan India melindungi makanan sejak mengehadkan eksport gandum dan gula telah mengejutkan pasaran global sehingga menyaksikan semakin banyak negara menyekat aliran bekalan tanaman tempatan ke peringkat dunia.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *