India Umum Rang Undang-Undang Untuk Menyekat Urus Niaga Mata Wang Kripto

India Umum Rang Undang-Undang Untuk Menyekat Urus Niaga Mata Wang Kripto

Kerajaan India akan memperkenalkan satu rang undang-undang untuk mengekang sebarang urus niaga mata wang kripto swasta dan membina satu rangka kerja

Kerajaan India akan memperkenalkan satu rang undang-undang untuk mengekang sebarang urus niaga mata wang kripto swasta dan membina satu rangka kerja untuk wang digital yang di sokong oleh bank pusat.

Cadangan RUU itu adalah “untuk menghalang seluruh aktiviti mata wang kripto swasta di India”, kata parlimen India lewat petang semalam.

Pengumuman mengejut itu dibuat susulan amaran PM India, Narenda Modi bahawa Bitcoin memberikan risiko kepada generasi muda dan boleh “merosakkan belia kita” jika berada “di tangan yang salah”.

Ia adalah langkah terbaru oleh negara membangun selepas China mengisytiharkan pengharaman semua transaksi mata wang kripto pada bulan September.

Menurut penyelidikan Chainalysis, pasaran kripto di India berkembang pesat sejak Mahkamah Agung negara itu membatalkan larangan pada April tahun lalu, meningkat lebih daripada 600 peratus sepanjang tahun lalu.

Antara 15 dan 100 juta orang dalam ekonomi ketiga terbesar di Asia itu dianggarkan memiliki mata wang kripto, dengan nilai jumlah pegangan mencecah berbilion dolar.

Namun dengan sekatan yang diumumkan, masa depan pelaburan mereka kini semakin tidak menentu.

Bank pusat India pada Jun lalu mengumumkan bahawa mereka sedang berusaha untuk memperkenalkan mata wang digitalnya sendiri menjelang akhir tahun.

Bagaimanapun, mereka menyuarakan “kebimbangan yang serius” terhadap peredaran mata wang kripto swasta seperti Bitcoin, Ethereum dan lain-lain di dalam negara.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: