Industri Automotif Rugi RM3.44 Bilion Jika Jualan Sifar Pada Bulan Ini

Industri Automotif Rugi RM3.44 Bilion Jika Jualan Sifar Pada Bulan Ini

Industri automotif negara dianggar kehilangan pendapatan sekitar RM3.44 bilion pada Jun bagi purata harga jualan kenderaan RM70,00 seunit jika tiada

Industri automotif negara dianggar kehilangan pendapatan sekitar RM3.44 bilion pada Jun bagi purata harga jualan kenderaan RM70,00 seunit jika tiada jualan direkodkan pada bulan ini.

Menurut Kenanga Research dalam nota penyelidikan, hanya beberapa unit dapat didaftarkan menerusi sistem e-Daftar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi pembelian kenderaan dengan pinjamannya telah dipersetujui menerusi surat aku janji (LOU).

Walaupun pengeluar telah memperkenalkan pembelian dalam talian namun kekangan proses dokumentasi bagi pinjaman dan pendaftaran telah mengakibatkan banyak urus niaga jual beli tertangguh.

“Penyelesaian pendaftaran adalah penting untuk mengelak perjanjian tidak luput, yang apabila terjadi memerlukan proses dilakukan sekali lagi,” jelas firma penyelidikan itu.

Hal ini kerana kebanyakkan agensi kerajaan seperti PJ, PUSPAKOM, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) masih ditutup atau beroperasi dengan kakitangan yang minimum sepanjang pelaksanaan PKP 3.0

Mengulas tentang jumlah keseluruhan industri (TIV), Kenangan Research tetap mengekalkan saranan ‘neutral’dengan sasaran jualan 545,000 unit sepanjang tahun ini walaupun jika jualan sifar direkodkan pada bulan Jun.

Malah sasaran pertumbuhan TIV itu juga tiga peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu, dipacu oleh lanjutan pengecualian cukai jualan kereta penumpang hingga akhir tahun ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: