Pada November 2016 yang lalu, aktiviti ekspot barangan Negara Jerman telah meningkat sehingga bernilai 108.5 billion Euro manakala nilai industri impo
Pada November 2016 yang lalu, aktiviti ekspot barangan Negara Jerman telah meningkat sehingga bernilai 108.5 billion Euro manakala nilai industri impot barangan di negara itu bernilai 85.8 billion Euro yang mana merupakan nilai tertinggi setakat ini.
Berdasarkan maklumat ekspot dan impot ini Jabatan Statistik Jerman memberitahu industri ekspot meningkat sebanyak 5.6% dan industri import juga meningkat sebanyak 4.5% secara tahunan dan jika dibandingkan pada Oktober sebelumnya industri ekspot Jerman hanya 3.9% dan impot pula sebanyak 3.5%.
Pada Laporan Lebihan Dagangan Asing (Foreign Trade Balance) November yang lalu, data menunjukkan lebihan sebanyak 22.6 billion Euro iaitu satu jumlah yang tinggi daripada data November 2015 yang mencatat lebihan hanya sebanyak 20.5 billion Euro.
Selepas disesuaikan mengikut kalendar.Jangkaan Lebihan Dagangan Asing dikatakan meningkat dengan lebihan sebanyak 21.7 billion Euro.
Nilai ekspot Jerman ke negara luar selain negara-negara Eropah dilaporkan bernilai sebanyak 45.2 billion Euro dan nilai impot dari negara selain Eropah pula bernilai sebanyak 28.9 billion Euro.
COMMENTS