Inflasi Jejas Ekonomi AS, Harga Naik Pada Kadar Terpantas Sejak 40 Tahun Pada 2021

Inflasi Jejas Ekonomi AS, Harga Naik Pada Kadar Terpantas Sejak 40 Tahun Pada 2021

Kerajaan AS pada hari Rabu mengesahkan bahawa harga pengguna pada tahun lalu melonjak pada kadar terpantas dalam tempoh 40 tahun. Angka tersebut m

Kerajaan AS pada hari Rabu mengesahkan bahawa harga pengguna pada tahun lalu melonjak pada kadar terpantas dalam tempoh 40 tahun.

Angka tersebut membuktikan berlakunya gelombang inflasi yang kuat yang dilihat telah menjejaskan sokongan orang ramai terhadap Presiden Joe Biden walaupun ekonomi semakin pulih daripada krisis wabak.

Kenaikan tujuh peratus dalam indeks harga pengguna (CPI) AS sepanjang tempoh 12 bulan hingga Disember adalah yang tertinggi sejak Jun 1982, didorong oleh peningkatan harga pelbagai barangan terutamanya perumahan, kereta dan makanan.

Sejak memegang jawatan Presiden pada Januari lalu, Biden telah membimbing ekonomi untuk kembali berkembang dan menyaksikan berjuta-juta orang yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19 kembali bekerja.

Bagaimanapun, pertembungan antara lantunan semula permintaan, kekurangan tenaga kerja dan gangguan rantaian bekalan global telah menyebabkan harga pada tahun 2021 naik pada kadar yang lebih pantas.

Pihak pentadbiran Biden menyuarakan pandangan beberapa ahli ekonomi menerusi ciapan twitter yang meramalkan bahawa “kadar kenaikan harga akan menjadi sederhana pada bulan-bulan mendatang kerana perkembangan baik daripada isu wabak dan cabaran lain”.

Namun begitu, bantuan mungkin tidak datang dengan pantas walaupun data mempunyai tanda-tanda bahawa semakin menghampiri kemuncak.

“Puncaknya hampir, tetapi kelajuan anjakan menurun tidak menentu,” kata Ian Shepherdson dari Pantheon Macroeconomics.

Selain usaha daripada kerajaan, Fed juga menyatakan kesediaan mereka membantu menangani isu inflasi ini dengan menaikkan kadar faedah daripada sifar dalam beberapa bulan mendatang, yang mana kenaikan pertama dijangka akan dumumkan seawal bulan Mac.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: