yen-22

Inflasi Jepun Cecah Paras Tertinggi Sejak 2014

Inflasi di Jepun mencecah paras tertinggi sejak 2014 pada bulan Ogos dengan data rasmi menunjukkan bacaan 2.8 peratus berikutan bahang peningkatan harga tenaga mula memberi kesan.

Kali terakhir angka sedemikian dilihat adalah ketika tekanan harga meningkatan akibat daripada kenaikan cukai nilai tambah (VAT).

Jika tidak memastukkan kesan kenaikan cukai tersebut, inflasi yang dicatatkan pada bulan Ogos lalu adalah yang terpantas dalam hampir 31 tahun.

Data daripada kementerian dalam negeri menunjukkan elektrik, gas dan petrol menjadi antara penyumbang utama kepada kenaikan harga.

Angka untuk Ogos adalah sedikit di atas unjuran 2.7 peratus yang disepakati oleh ahli ekonomi, dan muncul selepas Jepun mencatat kenaikan 2.4 peratus direkodkan pada bulan Julai.

Bacaan itu juga dikeluarka menjelang mesyuarat Bank of Japan pada minggu ini, yang dilihat berlawan arus berbanding bank-bank pusat yang lain dan terperangkap dengan dasar monetarinya yang sangat longgar.

Bank pusat lain telah memilih untuk menaikkan kadar faedah dalam usaha melawan inflasi yang melambung tinggi, namun BoJ melihat kenaikan harga semasa bersifat sementara dan mengaitkannya dengan peristiwa luar biasa seperti perang di Ukraine.

Jurang perbezaan dasar dan kadar faedah yang semakin meningkat telah menyebabkan yen terus merosot dan kini telah mencapai paras terendah berpuluh tahun lalu berbanding dolar.

Sasaran jangka panjang BoJ adalah untuk mendapatkan inflasi 2 peratus yang mampan, yang dilihatnya penting untuk merangsang ekonomi ketiga terbesar dunia itu.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *