china-factory-2

Inflasi Kilang China Lebih Tinggi Daripada Jangkaan, Kesan Peningkatan Harga Minyak

Inflasi di pintu kilang China meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pasa bulan Mac berikutan perang antara Rusia dan Ukraine telah menolak naik harga minyak sementara lonjakan kes Covid-19 domestik telah menjejaskan bekalan makanan dan harga pengguna.

Menurut Biro Perangkawan China (NBS), Indeks harga pengeluar (PPI) yang mengukur harga barangan di kilang meningkat 8.3 peratus, lebih tinggi berbanding tinjauan ahli ekonomi yang dilakukan oleh Bloomberg.

“Geopolitik dan faktor lain telah mendorong harga komoditi untuk terus menaik, menyebabkan sektor minyak dan industri yang berkaitan menaikka harga lebih tinggi secara domestik,” kata ketua perangkawan NBS Dong Lijuan.

Indeks Harga Pengguna (CPI) China yang menjadi penilai utama inflasi runcit juga meningkat lebih tinggi dari jangkaan, naik 1.5 peratus (YoY) pada bulan Mac.

Walaupun permintaan pengguna merosot selepas tempoh perayaan awal tahun ini, sebahagian harga makanan telah melonjak akibat “peningkatan harga antarabangsa bagi gandum, jagung dan kacang soya, termasuk kerana penularan domestik Covid-19,” jelas Dong.

Peningkatan itu berlaku ditengah-tengah lonjakan harga makanan dunia ke rekod tertinggi yang baharu susulan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine yang mana menurut PBB merupakan penjana utama dalam agrikultur.

Rusia dan Ukarine kedua-duanya membentuk eksport yang besar dalam komoditi utama seperti gandum, minyak sayuran dan jagung.

Zhaopeng Xing dari ANZ Research berkata harga tenaga telah “menjadi pemandu utama untuk kedua-dua CPI dan PPI”.

“Inflasi CPI mampu untuk terus meningkat pada bulan April kerana isi rumah di seluruh China telah menyimpan makanan dan keperluan lain selepas mengambil pelajaran dari kejatuhan akibat Shanghai Lockdown,” kata ketua ekonomi Nomura, Ting Lu.

“Disebabkan oleh penguncupan dan gangguan pengangkutan di timur laut China, pangkalan pengeluaran bijirin terbesar di China, pertanian musim bunga tahun ini mungkin ditangguhkan dan risiko kekurangan makanan mungkin meningkat pada babak kedua, “tambah Lu.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *