Inflasi Tunjuk Perubahan Positif, Fed Mungkin Memperlahankan Kenaikan Kadar Faedah

Inflasi Tunjuk Perubahan Positif, Fed Mungkin Memperlahankan Kenaikan Kadar Faedah

Inflasi AS yang perlahan mungkin telah membuka pintu kepada Fed untuk meredakan tahap kenaikan kadar faedah di masa hadapan. Namun begitu, para pe

Inflasi AS yang perlahan mungkin telah membuka pintu kepada Fed untuk meredakan tahap kenaikan kadar faedah di masa hadapan.

Namun begitu, para penggubal dasar dengan jelas menyatakan pendirian mereka untuk terus bertindak mengetatkan dasar monetari sehingga tekanan harga dapat dikawal sepenuhnya.

Laporan Jabatan Buruh AS semalam menunjukkan harga pengguna tidak meningkat pada bulan Julai berbanding bulan sebelumnya.

Situasi tersebut menjadi tanda kepada proses yang panjang dengan permintaan pasaran pekerjaan melebihi penawaran dan kenaikan mendadak harga ekuiti mengisyaratkan keperluan ekonomi terus meredakan permintaan ekonomi yang akan terhasil daripada peningkatan kadar faedah.

Fed masih “sangat jauh daripada mengisytiharkan kemenangan” terhadap inflasi, kata Presiden Fed Minneapolis Neel Kashkari pada Persidangan Idea Aspen, walaupun dengan laporan CPI yang positif.

Kashkari berkata beliau tidak “melihat apa-apa yang mengubah” keperluan untuk menaikkan kadar dasar Fed kepada 3.9 peratus menjelang akhir tahun ini dan kepada 4.4 peratus menjelang akhir 2023.

Kashkari sememangnya dikenali sebagai ahli Fed yang paling hawkish sementara 18 ahli FOMC yang lain melihat pengetatan polisi yang lebih kecil mungkin sudah cukup untuk mengawal tekanan harga.

Menyebut inflasi terlalu tinggi, Presiden Fed Chicago Charles Evans berkata beliau percaya Fed mungkin perlu menaikkan kadar dasarnya kepada 3.25 peratus-3.5 peratus pada tahun ini dan kepada 3.75 peratus-4 peratus menjelang akhir tahun depan.

Angka yang dikemukakan oleh Evans itu selaras dengan apa yang diisyaratkan oleh Pengerusi Fed Jerome Powell selepas mesyuarat terbaru pada bulan lepas.

Namun, beliau mengatakan bahawa bacaan CPI itu menandakan satu laporan inflasi pertama yang “positif” sejak Fed mula menaikkan kadar faedah pada Mac sehingga bulan lalu.

Selepas laporan CPI semalam, para pelabur yang terikat dengan unjuran peningkatan 75 mata asas kadar faedah Fed buat kali ketiga pada mesyuarat dasar bulan September, kini

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: