uk-supermarket

Inflasi UK Melonjak Melebihi Jangkaan, Ke Paras Tertinggi 41 tahun

Inflasi UK meningkat lebih daripada jangkaan kepada paras tertinggi 41 tahun sebanyak 11.1%, menambah tekanan kepada Bank Pusat England (BOE) untuk menaikkan semula kadar faedah.

Peningkatan dalam indeks harga pengguna pada Oktober itu adalah lebih tinggi daripada jangkaan 10.9% bank pusat atau median 10.7% yang diramalkan oleh pakar ekonomi.

“Kenaikan harga gas dan elektrik mendorong inflasi utama ke paras tertinggi lebih 40 tahun, walaupun terdapat Jaminan Harga Tenaga,” kata ketua ekonomi Pejabat Perangkaan Britian (ONS), Grant Fitzner.

Inflasi akan menjadi 13.8% sekiranya kerajaan tidak memperkenalkan jaminan harga tenaga yang mengehadkan kenaikan harga elektrik dan gas asli pada bulan Oktober, jelas beliau.

Menurut ONS, sepanjang tahun lepas, harga gas telah melonjak sebanyak 130 peratus dan harga elektrik sebanyak 66 peratus.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *