Ini Adalah Punca EUR Melemah Pada Hari Khamis

Ini Adalah Punca EUR Melemah Pada Hari Khamis

Data terkini Pengeluaran Industri Zon Eropah memaparkan angka yang lebih lemah berbanding ramalan, menunjukkan pertumbuhan ekonomi Zon Eropah pada suk

Data terkini Pengeluaran Industri Zon Eropah memaparkan angka yang lebih lemah berbanding ramalan, menunjukkan pertumbuhan ekonomi Zon Eropah pada suku tahun pertama bergerak lebih perlahan, menyukarkan ECB untuk mengetatkan dasar kewangan mereka dalam tempoh masa terdekat.

Para pelabur walau bagaimanapun telah bertindak mengurangkan risiko dagangan mereka di Eropah kerana seperti yang dimaklumkan pada artikel lalu , kejatuhan Pengeluaran Industri Jerman mungkin akan memberi kesan negatif kepada data pengeluran industri Zon Eropah.

Jabatan Statistik Eurostat mengatakan bahawa pengeluaran industri di dalam 19 blok negara EU telah jatuh -0.8% pada unjuran bulan ke bulan (MoM) dan merekodkan peningkatan tahun ke tahun (YoY) yang lebih rendah di paras 2.9%.

Kedua-dua bacaan ini meleset jauh daripada ramalan ahli ekonomi yang melihat peningkatan pada output industri sebanyak 0.1% bulan ke bulan (MoM) dan peningkatan 3.8% dalam unjuran tahun ke tahun (YoY).

Momentum pertumbuhan yang semakin perlahan pada suku tahun pertama 2018 dilihat telah mengurangkan tekanan inflasi untuk tempoh masa sederhana, memberi peluang kepada ECB untuk terus kekal dengan dasar kewangan yang longgar.

Jangkaan untuk melihat pengetatan dasar ECB pada tahun ini semakin berkurangan, sekali gus memberi tekanan kepada matawang EUR dengan EUR/USD kini jatuh 44 pips atau 0.36% kepada 1.2324, manakala EUR/GBP pula susut 46 pips atau 0.53% kepada 0.8677 setakat jam 8.15 malam.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: