intel-mining

Intel Hentikan Pengeluaran Siri Cip Lombong Bitcoin

Gergasi pembuat cip Intel berkata pada hari ini bahawa syarikat telah menghentikan pengeluaran siri cip perlombongan bitcoinnya, hanya setahun selepas diperkenalkan kepada pengguna.

Kegagalan dalam pasaran mata wang kripto menjejaskan beberapa syarikat semikondutkor termasuk Nvidia, satu jenama yang terkenal dengan kad grafik mewah untuk perlombongan kripto.

Intel menjangka untuk berhenti menerima pesanan bagi siri yang dikenali dengan Blockscale, menjelang 20 Oktober tahun ini dan menamatkan penghantaran menjelang 20 April tahun depan.

“Memandangkan kami mengutamakan pelaburan kami dalam IDM 2.0, kami telah menamatkan hayat Intel Blockscale 1000 Series ASIC sambil kami terus menyokong pelanggan Blockscale kami,” kata jurucakap syarikat.

IDM 2.0 merujuk kepada strategi Intel untuk menyumber luar pembuatan cipnya kepada pelanggan luar, sementara ia terus meningkatkan pengeluarannya sendiri bagi cip yang lebih kecil dan lebih pantas.

Intel berkata ia akan terus “memantau peluang pasaran” dalam ruang mata wang kripto.

Argo Blockchain, Block Inc, Hive Blockchain Technologies dan GRIID Infrastructure ialah pelanggan pertama Intel untuk cip tersebut.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *