Iran Dan Iraq Boikot Mesyuarat OPEC Di Doha

Iran Dan Iraq Boikot Mesyuarat OPEC Di Doha

OPEC akan bermesyuarat secara tidak rasmi di Doha, Qatar pada hari ini dan esok bagi membincangkan tentang perkembangan rangkaan mereka untuk menghadk

OPEC akan bermesyuarat secara tidak rasmi di Doha, Qatar pada hari ini dan esok bagi membincangkan tentang perkembangan rangkaan mereka untuk menghadkan pengeluaran minyak dunia justeru dapat menaikkan kembali harga pasaran minyak dunia ke paras jangkaan sekitar 60-80 Dollar setong.

Menteri Tenaga Arab Saudi dan Russia juga dijangka akan bertemu di Doha bagi membincangkan tentang perkara yang sama. Pada masa yang sama, Iran, Iraq dan Nigeria juga dikatakan memboikot mesyuarat tidak rasmi ini dengan enggan hadir ke Doha.

Iran, Iraq dan Libya antara negara-negara OPEC yang sebelum ini meminta untuk dikecualikan daripada had pengeluaran minyak. Iraq, Libya dan Nigeria meminta untuk dikecualikan kerana pengeluaran minyak mereka yang telah terjejas terus sebelum ini oleh perang dan serangan pengganas militan. Iran pula yang sudah sekian lama disekat, namun selepas sekatan dilepaskan sejak Januari, mereka dilihat tidak mungkin akan mengurangkan pengeluaran mereka.

Kemenangan Trump baru-baru ini sedikit merubah tona warna pergerakan dan suasana pasaran minyak dunia. Ini Kerana, dasar Trump yang dilihat agak agresif terhadap negara-negara selepas perang seperti Iraq dan Libya. Trump juga dilihat bakal merubah kembali perjanjian nuklear Amerika dengan Iran yang mana perjanjian tersebutlah yang membuka sekatan ke atas Iran dan menaikkan jumlah eksport mereka.

OPEC akan bermesyuarat secara rasmi pada 30 November ini. Keputusan hasil daripada mesyuarat di Vienna itu nanti bakal menjadi fokus utama semua pelabur dan pedagang minyak dalam menentukan hala tuju pasaran minyak dunia.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: