Isu Brexit Kembali Menjadi Tumpuan Utama, ‘Bullish’ GBP/USD Bertahan Di Atas 1.2600

Isu Brexit Kembali Menjadi Tumpuan Utama, ‘Bullish’ GBP/USD Bertahan Di Atas 1.2600

Sterling pada awal jatuh dengan laporan yang mengatakan bahawa PM Theresa May bakal berhadapan undian tidak percaya di parlimen UK. May bersungguh-

Sterling pada awal jatuh dengan laporan yang mengatakan bahawa PM Theresa May bakal berhadapan undian tidak percaya di parlimen UK.

May bersungguh-sungguh mengembeling segala kekuatan yang ada untuk memenangi undian tersebut dan memberi amaran penukaran jawatan PM akan melambatkan atau mungkin boleh memansuhkan Brexit.

Beberapa ahli parlimen yang berpengaruh menyuarakan sokongan kepada PM May sebelum undian dijalankan dan BBC News turut melaporkan jangkaan bahawa May mungkin terselamat daripada undian tersebut.

Akhirnya keputusan undian tersebut memihak kepada May, meraih sokongan 200 daripada 317 ahli MP UK.

Namun bagi menenangkan ahli yang menentang, May menyatakan bahawa beliau tidak akan bertanding sebagai ketua parti pada pilihan raya tahun hadapan.

Tindakan pelabur ‘buy the rumors and sell the fact’ telah memperlihatkan peningkatan mendadak GBP/USD lebih 150 pips, keluar daripada paras terendah 20 bulan lalu (1.2480) ke paras 1.2640.

Harga 1.2600 masih berjaya dipertahankan pada hari Khamis, didagang sekitar 1.2615 setakat jam 12.10 tengahhari.

Walaupun May selamat, laluan untuk beliau mendapatkan kelulusan perjanjian Brexit di parlimen masih jauh.

Sementara itu, EU masih bertegas untuk tidak mengubah atau mengadakan sesi rundingan yang baru dan risiko ketidaktentuan Brexit masih menjadi isu besar yang akan menekan GBP.

Secara teknikal support terhampir berada di paras 1.2600 (S1), 1.25770 (S2) dan 1.2535 (S3).

Manakala resistence terhampir pula berada di paras 1.2640 (S1), 1.2680 (S2) dan 1.2700 (S3).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: