Isu Brexit Tenggelamkan GBP Pada Hari Ini

Isu Brexit Tenggelamkan GBP Pada Hari Ini

Dengan berbaki dua bulan sebelum UK dan Kesatuan Eropah menamatkan hubungan 40 tahun mereka, Perdana Menteri UK Theresa May masih menghadapi kesukaran

Dengan berbaki dua bulan sebelum UK dan Kesatuan Eropah menamatkan hubungan 40 tahun mereka, Perdana Menteri UK Theresa May masih menghadapi kesukaran untuk mendapatkan perjanjian Brexit yang bersifat mesra perdagangan.

Menerusi wawancara bersama akhbar daripada Jerman, Ketua Perunding EU Michel Barnier membidas cadangan yang dikemukan oleh Theresa May pada hujung minggu yang lalu.

Barnier dilaporkan berkata pelan yang dicadangkan oleh May boleh membawa maksud “menamatkan pasaran tunggal dan projek-projek di Eropah”.

Selain itu, May turut dikritik oleh orang beliau sendiri iaitu bekas setiausaha luar negeri Boris Johnson yang menyelar strategi Brexit May boleh mendatangkan bencana kepada UK.

Johnson yang dikenali sebagai salah seorang ahli pentadbiran parti Konservatif yang berpotensi menggantikan May telah meletakkan jawatan pada bulan Julai yang lalu sebagai tanda protes terhadap pelan ‘Chequer’ yang diperkenalkan oleh May.

Tambahan pula, akhbar Times melaporkan 20 pembuat dasar daripada parti Konservatif kini bersama-sama menyokong kempen ‘StandUp4Brexit’ bagi menentang cadangan May tersebut.

Ketidaktentuan Brexit serta data PMI UK yang mengecewakan terus menekan pound berbanding greenback dengan GBP/USD jatuh 0.54% atau 70 pips ke paras 1.2881 setakat jam 7.16 petang.

Parlimen UK akan kembali bersidang pada hari esok dan dalam keadaan sentimen pound masih dipandu oleh Brexit, pasaran akan terus meneliti perkembangan pelan May serta butiran daripada kenyataan Michel Barnier tetang tawaran yang ingin beliau berikan kepada UK.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: