Isu Covid Kukuhkan Permintaan Safe Haven, Emas Kekal Di Atas $1,900

Isu Covid Kukuhkan Permintaan Safe Haven, Emas Kekal Di Atas $1,900

Pasaran emas mendatar, didagang di atas harga $1,900 dengan kes jangkitan Covid-19 terus menjadi tajuk utama akhbar sehingga mengurangkan keinginan r

Pasaran emas mendatar, didagang di atas harga $1,900 dengan kes jangkitan Covid-19 terus menjadi tajuk utama akhbar sehingga mengurangkan keinginan risiko di kalangan pelabur.

Sehingga jam 6.55 pagi, spot emas didagang sekitar $1,907.81, naik $5.58 manakala futures emas bagi bulan Disember pula tutup sekitar $1,911.90, naik $6.20.

Pada hari Isnin, Amerika Syarikat telah melaporkan penambahan lebih 74,400 kes jangkitan yang baru, menjadikan purata jangkitan mencecah 71,000 kes setiap hari.

Di Eropah, Perancis sedang bersiap sedia melancarkan sekatan pergerakan terbaru selepas mencatat lebih 52,000 kes jangkitan Covid pada hari Ahad yang lepas.

Itali dan Belanda juga antara negara yang merekodkan peningkatan kes jangkitan yang tinggi.

Pfizer, salah satu syarikat pembuat vaksin berkata mustahil untuk mereka mendapatkan keputusan suntikan vaksin Covid-19 seawal bulan Oktober.

Antara isu yang membimbangkan pelabur ketika ini adalah kesan daripada gelombang kedua virus, yang kini sedang melonjak di AS dan blok ekonomi utama Eropah.

Selain itu, ketegangan antara AS dan China terhadap prospek penjualan peluru berpandu buatan Amerika kepada Taiwan turut melemahkan sentimen risiko dalam pasaran.

Tambahan pula, ketidakpastikan apakah Presiden Trump dapat mengekalkan kuasanya selepas pilihan raya 3 November hadapan menjadikan para pelabur cenderung kepada aset-aset safe haven seperti emas.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: