Isu Gas Eropah, Ketidaktentuan Fed Kuasai Pasaran Mata Wang

Isu Gas Eropah, Ketidaktentuan Fed Kuasai Pasaran Mata Wang

Ketidaktentuan mengenai landasan pengetatan dasar Fed pada minggu ini telah menahan pergerakan dolar untuk kekal berhampiran paras tertinggi dua tahu

Ketidaktentuan mengenai landasan pengetatan dasar Fed pada minggu ini telah menahan pergerakan dolar untuk kekal berhampiran paras tertinggi dua tahun lalu.

Federal Reserve akan memulakan mesyuarat dua harinya awal pagi ini dan dijangka mengumumkan kenaikan kadar faedah 75 mata asas.

Bagaimanapun, kebanyakan pelabur kini tertanya-tanya sama ada pertumbuhan yang lemah akan mendorong Fed untuk mengalihkan tumpuan daripada inflasi dan memberi isyarat kadar kenaikan kadar yang lebih perlahan pada masa hadapan.

Kontrak niaga hadapan yang terikat dengan kadar faedah Fed menunjukkan kadar memuncak pada Januari 2023, sebulan lebih awal daripada unjuran yang mereka keluarkan pada minggu lalu.

Situasi itu telah mendorong dolar merosot 1.4 peratus daripada paras tertinggi 109.29 yang dicapai pada dua minggu lepas.

Secara keseluruhannya, kebanyakkan pelabur masih mengekalkan pandangan bullish ke atas dolar dengan menekankan tanda-tanda kelembapan ekonomi global, termasuk amaran mengenai penurunan keuntungan dari Walmart.

Francesco Pesole, pakar strategi FX di ING Bank, mengaitkan kehilangan momentum dolar dengan pengecilan kedudukan ‘long’ dolar AS yang terlalu besar oleh pelabur.

Euro pula terus ditekan oleh ketidakpastian terhadap keselamatan sumber tenaga apabila Rusia menurunkan lagi kapasiti bekalan gasnya ke Eropah.

Hal ini meningkatkan lagi risiko berlakunya catuan tenaga di Eropah dan kemelesetan ekonomi.

Harga komoditi pula telah menyokong mata wang Australia dan New Zeland. “Mungkin terdapat sedikit peningkatan untuk Aussie, bergantung pada data,” kata penganalisis di ANZ Bank.

“Kenaikan 50 mata asas dari Rizab Bank Australia (RBA) minggu depan hanyalah kesimpulan yang telah diketepikan sementara risiko utama adalah untuk kenaikan kadar yang lebih besar,” tambahnya.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: