goldemas3

Isu Geopolitik Jadi Pendorong Utama Harga Emas Melonjak Lebih $2,000

Emas masih bertahan berhampiran paras tertinggi 19 bulan lalu, disokong oleh permintaan safe haven ketika konflik di Ukraine berterusan dan hasil Perbendaharaan AS melonjak.

Kontrak hadapan emas didagang sekitar $2,0354.85 per auns, sedikit merosot selepas mencecah $2,072.50, paras tertinggi Ogos 2020 semalam.

Para penganalisis melihat selain daripada pengharaman import minyak Rusia oleh AS dan UK, tiada pendorong baharu menerusi ketegangan hubungan antara Rusia dan kuasa Barat.

Mereka mengatakan bahawa katalis geopolitik telah menjadi pemandu utama harga emas dan selepas isu itu mereda, mereka menjangkakan harga emas akan menjunam kembali ke paras $1,800.

Tambahan pula, melihat kepada indikator teknikal, emas kini berada pada kedudukan overbought, sekali gus sangat terdedah dengan pembetulan harga yang lebih rendah.

Bagaimanapun, jika emas berjaya kekal di atas harga $2,070, ia berpotensi naik menunju paras $2,100 per aun.

Hasil bon juga AS meningkat dengan Federal Reserve dijangka menaikkan kadar faedah apabila ketika mengumumkan keputusan dasar baharunya pada minggu hadapan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *