Isu Laporan Audit, KWSP Kurangkan Pegangan Saham Serba Dinamik Kepada 9.9 Peratus

Isu Laporan Audit, KWSP Kurangkan Pegangan Saham Serba Dinamik Kepada 9.9 Peratus

Pengasas bersama Serba Dinamik Holdings Bhd, Datuk Awang Daud Awang Putera telah melupuskan 8.5 juta saham dalam kumpulan itu, isu yang menjadi perha

Pengasas bersama Serba Dinamik Holdings Bhd, Datuk Awang Daud Awang Putera telah melupuskan 8.5 juta saham dalam kumpulan itu, isu yang menjadi perhatian pelabur sejak 25 Mei kerana beberapa masalah kebenaran dan ketepatan audit.

Dalam maklumat kepada bursa Malaysia, penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu melaporkan bahawa Awang Daud, yang juga pengarah bukan bebas bukan eksekutif kumpulan telah menjual saham tersebut di pasaran terbuka semalam, mengurangkan kepentingannya kepada 1.8% dari 2.24%.

Selain beliau, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut melupuskan pegangan saham Serba Dinamik di pasaran terbuka.

Dalam satu makluman yang lain, KWSP dilapor telah melupuskan lagi 481,000 saham dalam Serba Dinamik Holdings Bhd pada 4 Jun lalu.

Sebelum ini, KWSP telah menjual 681,300 saham dan 273,900 saham miliknya dalam kumpulan itu di pasaran terbuka pada 2 dan 3 Jun.

Pelupusan tersebut telah mengurangkan pegangan saham KWSP dalam kumpulan perkhidmatan minyak dan gas itu kepada 367,411 juta saham atau 9.90 peratus.

Dilaporkan bahawa dana persaraan amat mengambil berat perkembangan yang berlegar di sekitar Serba Dinamik termasuk isu audit yang dibangkitkan oleh juruauditnya, KPMG.

Pada 28 Mei lalu, pemegang saham terbesar kedua Serba Dinamik, Datuk Abdul Kadier Sahib mencadangkan penamatan KPMG PLT sebagai juruaudit luarnya.

Dalam auditnya, KPMG PLT telah menandakan urus niaga jualan, belum terima dan belum bayar tertentu yang berjumlah melebihi RM3 bilion.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: