cbi-rishi-sunak

Isu Politik & Keselamatan, Syarikat Britian Sedang Putuskan Hubungan Dengan China

Syarikat Britain sedang memutuskan hubungan dengan China berikutan kebimbangan mengenai ketegangan politik, satu perubahan yang mungkin mencetuskan tekanan inflasi, kata ketua Gabungan Industri British (CBI) dalam satu wawancara yang diterbitkan semalam.

“Setiap syarikat yang saya telah berbincang pada masa ini sedang menilai semula rantaian bekalan mereka … kerana mereka menjangkakan bahawa ahli politik kita pasti akan mempercepatkan proses untuk memutuskan hubungan dengan China,” kata Ketua Pengarah CBI Tony Danker kepada Financial Times.

Statistik data dagangan Britain menunjukkan China sebagai sumber terbesar barangan import negara pada 2021, menyumbang 13 peratus daripada jumlah keseluruhan import dan merupakan destinasi keenam terbesar untuk eksport barangan.

Walau bagaimanapun, kebimbangan mengenai keselamatan British telah meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, didorong oleh perselisihan faham dengan China mengenai Hong Kong dan isu-isu lain.

Minggu lalu, ketua perkhidmatan perisikan asing Britain, Richard Moore, berkata China kini menjadi keutamaannya, mendahului kerja memerangi keganasan.

Britain turut meningkatkan sekatan pengambilalihan syarikat China atas alasan keselamatan negara.

Kedua-dua calon Perdana Menteri UK dalam Parti Konservatif, Liz Truss dan Rishi Kunak juga berkata mereka berhasrat untuk mengambil tindakan yang lebih tegas ke atas China.

Tony Danker juga berkata kebimbangan AS yang semakin meningkat tentang China juga menyebabkan syarikat-syarikat Britain kini lebih berhati-hati untuk bergantung kepada pembekal China.

Hal ini kerana untuk syarikat tersebut terus beralih kepada pembekal yang lain adalah pilihan yang sukar berikutan “lebih mahal bersamaan inflasi”.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *