Isu Subsidi Airbus, Trump Mengancam EU Dengan Tarif Baru

Isu Subsidi Airbus, Trump Mengancam EU Dengan Tarif Baru

Jabatan Pentadbiran Presiden Donald Trump telah mengusul satu cadangan tarif baru ke atas barangan import EU bernilai $11.2 billion USD sebagai tinda

Jabatan Pentadbiran Presiden Donald Trump telah mengusul satu cadangan tarif baru ke atas barangan import EU bernilai $11.2 billion USD sebagai tindak balas terhadap subsidi EU yang diberikan kepada Airbus.

Ketika membentangkan senarai barang yang akan dikenakan tarif, pejabatan Wakil Perdagangan AS (USTR) menyatakan bahawa penemuan Organisasi Dagangan Antarabangsa (WTO) terhadap subsidi EU kepada Airbus SE berulang kali telah memberi “impak yang negatif kepada AS”.

Trump pada hari Isnin mengumumkan bahawa pentadbiran beliau sedang memulakan memproses Akta Perdagangan 1974 Sekyen 301 bagi “mengenal pasti produk EU yang akan dikenakan duti tambahan sehingga EU memansuhkan subsidi tersebut”.

Cadangan tarif ini dikeluarkan 14 tahun yang lalu selepas aduan pertama AS kepada WTO berkenaan syarikat Airbus telah mengaut keuntungan billion dollar melalui subsidi yang menyalahi undang-undang dikemukakan.

Ketua USTR Robert Lighthizer berkata, “Tindakan undang-undang telah diambil 14 tahun lalu, dan kini masa untuk bertindak telah tiba”.

Tambah beliau, “Sasaran utama kami adalah mendapatkan perjanjian bersama EU untuk menamatkan kesemua subsidi yang tidak konsisten ke atas syarikat pesawat komersial”.

Penganalisis daripada Danske Bank menjelaskan, “Walaupun jumlah (duti) tersebut kurang 0.1% daripada GDP EU, namun tetap meningkatkan kebimbangan terhadap konflik perdagangan EU-AS dan potensi Trump untuk menguatkuasakan tarif ke atas kenderaan EU”.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: