Isyarat Kemelesetan Ekonomi Global Semakin Meningkat, Pasaran Minyak Tiada Alasan Untuk Kekal Bullish

Isyarat Kemelesetan Ekonomi Global Semakin Meningkat, Pasaran Minyak Tiada Alasan Untuk Kekal Bullish

Kehangatan perang perdagangan semakin terasa apabila lebih banyak indikator ekonomi mengisyaratkan akan berlakunya kemelesetan pada ekonomi global.

Kehangatan perang perdagangan semakin terasa apabila lebih banyak indikator ekonomi mengisyaratkan akan berlakunya kemelesetan pada ekonomi global.

Keadaan ini menyukarkan pemulihan pasaran minyak, malah kekal di paras terendah bulanan didorong kebimbangan pelabur terhadap kelembapan ekonomi akan mengakibatkan jatuhnya permintaan minyak dan produk-produk yang berkaitan dengannya.

Status rundingan perdagangan antara AS dan China sentiasa memberi kesan langsung dalam membentuk outlook permintaan minyak dan berdasarkan laporan-laporan terkini, tiada kemajuan yang memberansangkan.

Akhbat Wall Street Journal pula melaporkan bahawa hasil bon kerajaan di peringkat global telah mencecah para terendah beberapa tahun yang lalu.

Walaupun penyusutan tersebut tidak membawa maksud akan berlakunya kemelesetan, namun tetap menunjukkan tahap kebimbangan pelabur terhadap kedudukan semasa ekonomi.

Malah penganalisis daripada Morgan Stanly menjelaskan pada awal minggu ini bahawa AS juga termasuk di dalam “pegawasan kemelesetan”.

Pandangan tersebut dikeluarkan selepas pesanan produk perkilangan susut melebihi jangkaan pada bulan April dan IHS Markit melaporkan penurunan aktiviti perniagaan sektor pembuatan ke paras terendah tiga tahun lalu.

Dengan fokus tertumpu kepada indikator yang mengisyaratkan kelemahan pada aktiviti ekonomi, harga minyak dilihat tidak mempunyai alasan untuk meneruskan peningkatan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: