Jadual Pertemuan Trump-Xi Jinping Sedang Disusun, Sementara China Bersiap Sedia Membalas Serangan Tarif

Jadual Pertemuan Trump-Xi Jinping Sedang Disusun, Sementara China Bersiap Sedia Membalas Serangan Tarif

Presiden AS Donald Trump pada hari Khamis mengatakan rundingan perdagangan yang sedang berlansung melalui talian membuahkan hasil yang produktif.

Presiden AS Donald Trump pada hari Khamis mengatakan rundingan perdagangan yang sedang berlansung melalui talian membuahkan hasil yang produktif.

Wakli perunding daripada kedua-dua negara dijangka akan meneruskan pertemuan pada bulan hadapan walaupun bakal dikuatkuasakan tarif ke atas barangan China bernilai $125 billion pada 1 September.

Jelas Trump, “September, mesyuarat masih sedang berlansung sebagaimana yang saya fahami, namun apa yang lebih penting daripada bulan September, kami sedang berunding melalui panggilan telefon dan perbincangan membuahkan hasil yang produktif.”

Perbincangan tersebut dilakukan sebelum pihak pentadbiran AS mengumumkan penangguhan penambahan tarif ke atas sebahagian produk import China seperti alat permainan, telefon bimbit, komputer riba dan tablet yang bernilai sekitar $150 billion kepada 15 Disember.

Walau bagaimanapun, China pada hari Khamis lalu memberi amaran bahawa mereka akan bertindak membalas serangan tarif tersebut.

Menteri Kewangan China mengatakan bahawa tarif AS telah melanggar kesepakatan yang dicapai antara Trump dan Xi Jinping pada persidangan di Osaka Jepun pada bulan Jun yang lalu.

Dalam keterangan yang lain, jurucakap menteri kewangan China Hua Chunying berkata, “Kami berharap AS dan China menghormati kesepatakan yang dicapai oleh kedua-dua ketua negara di Osaka, iaitu memansuhkan semua penambahan tarif bukan sekadar menangguhkan”.

Presiden Trump optimis dengan perbincangan yang sedang berlangsung dan melihat China sangat menginginkan sebuah perjanjian.

Tanpa butiran lanjut, Trump dilaporkan sedang menyusun jadual untuk bertemu dengan Xi Jinping dalam masa yang terdekat.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: