Jeff Bezos Bersara Dengan Gelaran Lelaki Terkaya Di Dunia

Jeff Bezos Bersara Dengan Gelaran Lelaki Terkaya Di Dunia

Jeff Bezos telah meninggalkan jawatan CEO Amazon semalam, bersara pada umur 57 tahun dengan gelaran lelaki terkaya didunia. Menurut Indeks Billion

Jeff Bezos telah meninggalkan jawatan CEO Amazon semalam, bersara pada umur 57 tahun dengan gelaran lelaki terkaya didunia.

Menurut Indeks Billionaire Bloomberg, anggaran kekayaan Bezos kini telah mececah sekitar AS$199 billion.

Saham Amazon naik berlipat kali ganda sejak setahun lalu ketika krisis wabak menyerang dunia sementara penjualan atas talian menerusi syarikatnya melonjak tinggi.

Lonjakan saham tersebut telah menjadikan nilai bersih kekayaan Bezos meningkat sebanyak $75 billion sepanjang tahun 2020.

Biro Banci Amerika Syarikat pula menunjukkan kekayaan Bezos adalah 739,489 kali ganda dari nilai bersih kebanyakkan rakyat Amerika yang bersara pada usia 65 tahun.

Data Fed menunjukkan nilai bersih median rakayat Amerika dalam kurungan umur tersebut adalah sekitar AS$266,400.

Kini Bezos akan digantikan oleh Andy Jassy yang telah menerajui bahagian Amazon Web Services (AWS) sejak 2016.

AWS, sebuah platform awan syarikat dilaporan telah menawarkan pendapatan sekitar 12% untuk Amazon.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: