bitcoin-crime

Jenayah Berkaitan Mata Wang Kripto Cecah RM58 bilion Pada Tahun 2021

Jenayah melibatkan mata wang kripto mencecah paras tertinggi sepanjang masa sebanyak AS$14 bilion (RM58 bilion) pada tahun lalu, kata penyelidik blockchain Chainalysis hari ini.

Rekod tersebut muncul berikutan usaha yang semakin rancak dikalangan pengawal selia untuk memastikan penguasaan ke atas sektor yang sedang berkembang pesat itu.

Menurut laporan terkini dari Chainalysis, kripto yang diterima melalui alamat dompet digital yang dikaitkan dengan aktiviti pengubahan haram termasuk penipuan, pasaran darknet dan serangan ransomware pada 2021 melonjak 80 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Aktiviti tersebut hanya mewakili 0.15 peratus daripada jumlah urus niaga kripto, yang mana merupakan kadar terendah.

Bagaimanapun, jumlah keseluruhan yang direkodkan melonjak kepada AS$15.8 trilion pada 2021, meningkat lebih lima kali ganda berbanding tahun sebelumnya, kata Chainalysis.

Populariti aset digital, daripada bitcoin sehingga kepada token yang tidak boleh ditukar ganti (NFT), meledak pada tahun lalu berikutan permintaan daripada pelabur-pelabur institusi dan syarikat-syarikat utama.

Pendatang baru telah tertarik dengan janji keuntungan cepat yang digembar-gemburkan oleh penyokong-penyokong kripto, serta harapan bahawa bitcoin menawarkan perlindungan terhadap inflasi yang melambung tinggi.

Namun begitu, mata wang kripto masih tertakluk kepada peraturan yang tidak menentu, menyebabkan pelabur hanya mempunyai usaha yang terhad untuk menentang penyalahgunaan dan jenayah.

“Penyalahgunaan jenayah terhadap mata wang kripto mewujudkan halangan besar untuk penggunaan berterusan, meningkatkan kemungkinan sekatan dikenakan oleh kerajaan, dan yang terburuk menganiayai mereka yang tidak bersalah di seluruh dunia,” kata Chainalysis.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *