japan minister suzuki yen

Jepun Akan Kekal Berwaspada Terhadap Pergerakan Forex – Menteri Kewangan

Pihak berkuasa Jepun akan kekal berwaspada terhadap pergerakan pasaran mata wang, kata menteri kewangan Jepun Shunichi Suzuki apabila yen meneruskan kejatuhannya ke paras terendah baru 38 tahun.

Bercakap dalam sidang akhbar biasa selepas mesyuarat kabinet, Suzuki berkata tiada perubahan dalam pendirian kerajaan, namun tidak menjelaskan mengenai kesediaan mereka untuk bertindak.

“Paras pertukaran asing ditetapkan oleh pasaran, mencerminkan gabungan kompleks pelbagai faktor, termasuk inflasi, imbangan akaun semasa, sentimen pasaran dan pergerakan spekulatif.

“Kami akan terus memantau pasaran dengan teliti,” jelasnya.

Yen merosot kepada 161.72 setiap dolar semalam, paras paling lemah sejak 1986, mengekalkan pasaran dalam keadaan berjaga-jaga untuk sebarang tanda operasi pembelian yen dari kerajaan bagi menyokong mata wang itu.

Ia sudah jatuh lebih daripada 12 peratus tahun ini berikutan terus dibebani oleh perbezaan kadar faedah yang ketara antara AS dan Jepun.

Ketika ditanya mengenai keberkesanan campur tangan lisan, Suzuki berkata ulasannya mengenai pertukaran asing secara amnya adalah sebagai jawapan kepada soalan daripada wartawan dan beliau tidak berada dalam kedudukan untuk mengulas mengenai keberkesanannya.

Yen yang lebih lemah merupakan kelebihan bagi pengeksport Jepun, tetapi bebanan bagi penggubal dasar kerana ia meningkatkan kos import, sekali gus menambah tekanan inflasi dan menghimpit isi rumah.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *