Jepun Atasi China Sebagai Pemegang Pasaran Saham Ke-2 Terbesar Dunia

Jepun Atasi China Sebagai Pemegang Pasaran Saham Ke-2 Terbesar Dunia

Tekanan tarif AS membuka peluang kepada Jepun untuk mengambil alih kedudukan China sebagai pasaran saham kedua terbesar di dunia. Kebimbangan pelab

Tekanan tarif AS membuka peluang kepada Jepun untuk mengambil alih kedudukan China sebagai pasaran saham kedua terbesar di dunia.

Kebimbangan pelabur terhadap impak tarif cukai import yang diperkenalkan Trump telah menyebabkan kerugian pada pasaran saham China yang kini telah mencecah $2.29 trillion daripada paras tertinggi Januari.

Kerugian yang besar turut menyebabkan kedudukan pasaran saham China kini jatuh satu anak tangga dibelakang Jepun dan AS.

Menurut data daripada Bloomberg, nilai ekuiti pada penutupan pasaran hari Khamis mencapai jumlah $6.09 trillion, jatuh lebih rendah berbanding nilai saham pasaran Jepun $6.16 trillion.

Saham Amerika Syarikat pula kekal sebagai pasaran terbesar dunia dengan nilai mencecah $31 trillion.

Ketegangan hubungan perdagangan antara China dan AS bukan sahaja menarik jatuh nilai saham mereka, malah sama-sama menyusutkan nilai matawang yuan.

Pada hari Jumaat, matawang China telah berada di paras terendah 15 bulan lalu berbanding dollar, bakal merekodkan penurunan selama 8 minggu berturut-turut, tempoh paling lama sejak China diperkenalkan dengan pertukaran forex moden pada tahun 1994.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: