Jepun Bakal Tangguhkan Kempen Perjalanan Secara Domestik

Jepun Bakal Tangguhkan Kempen Perjalanan Secara Domestik

Jepun mengatakan akan menghentikan kempen perjalanan domestik di kawasan-kawasan yang teruk di landa Covid-19, terutamanya selepas ibu kota Tokyo mel

Jepun mengatakan akan menghentikan kempen perjalanan domestik di kawasan-kawasan yang teruk di landa Covid-19, terutamanya selepas ibu kota Tokyo melaporkan peningkatan kes harian tertinggi pada hari Sabtu.

Kadar jangkitan harian di Tokyo mencecah 539 kes dengan jumlah kes positif negara meningkat tiga hari berturut-turut kepada 2,418.

Pergantungan sementara kempen ini menandakan perubahan haluan kerajaan di bawah Yoshihide Suga, yang mana sebelum ini cuba mengekalkan program subsidi perjalanan domestik.

“Kami akan menangguhkan tempahan baru di bawah program Go To Travel untuk perjalanan ke wilayah-wilayah yang menyaksikan peningkatan jangkitan coronavirus,” jelas Suga.

Suga dilihat sedang cuba mengimbangkan beberapa tindakan untuk menghidupkan kembali ekonomi yang terjejas sambil memastikan penularan virus terkawal.

Namun, sebuah panel pakar di Jepun menggesa supaya kerajaan segera bertindak menghentikan program perjalanan domestik jika berlakunya peningkatan kes.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: