Jepun Cuti Selama 10-Hari, Volatiliti USD/JPY Dijangka Berkembang Pada Minggu Ini

Jepun Cuti Selama 10-Hari, Volatiliti USD/JPY Dijangka Berkembang Pada Minggu Ini

Setelah pullback intraday yang panjang pada hari Jumaat lalu, pasangan matawang USD/JPY kembali menerima tarikan positif pada awal dagangan minggu in

Setelah pullback intraday yang panjang pada hari Jumaat lalu, pasangan matawang USD/JPY kembali menerima tarikan positif pada awal dagangan minggu ini, didagang sekitar 111.73 dengan mood bullish.

USD/JPY pada hari Jumaat yang lepas telah naik mendadak ke paras 112 apabila GDP AS melaporkan pertumbuhan yang lebih baik pada suku tahun pertama, melepasi kesemua analsis positif yang dikeluarkan oleh ahli ekonomi.

Lonjakan tersebut walau bagaimanapun hanya bersifat sementara apabila butiran yang dikeluarkan seperti perbelanjaan kerajaan dan data inflasi kurang memuaskan, sekali gus meransang penjualan yang lebih agresif.

Hal ini kerana data GDP secara keseluruhan dilihat tidak akan mengubah pendirian berhati-hati dan bersabar Fed sehingga menyebabkan terjunan mendadak hasil bon, yang turut menjadi punca menekan USD/JPY sebelum pasaran ditutup pada minggu lalu.

Para pelabur masih teragak-agak dalam menetapkan posisi yang lebih agresif dan mengambil sikap berjaga-jaga menjelang mesyuarat FOMC dan data NFP pada minggu ini.

Walau bagaimanapun, dengan berlatar belakangkan optimis terhadap kemajuan rundingan perdagangan AS-China serta menjelang data indeks harga PCE Teras (data inflasi rujukan Fed) pada malam ini, permintaan Yen sebagai safe haven dijangka akan berkurangan.

Selain itu, penutupan 10 hari pasaran Jepun sempena 10-hari cuti umum, kecairan yang sedikit di dalam pasaran dijangka mengembangkan lagi volatiliti (naik-turun) USD/JPY.

Secara teknikal, resistance terhampir berada di paras 111.85, kemudian diikuti pada garisan 112. Penembusan harga tersebut berpotensi menolak naik USD/JPY menguji semula zon supply 112.15/20

Kawasan 111.40 pula menjadi support terdekat dan jika berjaya ditembusi, harga berpotensi jatuh ke paras 111.00, kemudian ke paras 110.85

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: