Jepun Hadapi Pengucupan KDNK Terburuk, Hapuskan Faedah Yang Diperoleh Dari Dasar ‘Abenomics’ Sejak Tahun 2012

Jepun Hadapi Pengucupan KDNK Terburuk, Hapuskan Faedah Yang Diperoleh Dari Dasar ‘Abenomics’ Sejak Tahun 2012

Sekatan dan perintah berkurung bagi mencegah penularan Covid-19 di Jepun telah mengakibatkan pengosongan pusat beli belah serta menghancurkan permint

Sekatan dan perintah berkurung bagi mencegah penularan Covid-19 di Jepun telah mengakibatkan pengosongan pusat beli belah serta menghancurkan permintaan bagi kenderaan dan hasil eksport lain sepanjang suku tahun kedua.

Krisis ini telah menyebabkan Jepun ditimpa kemerosotan ekonomi terbesar sepanjang April-Jun (Q2) 2020 dengan KDNK menyusut 27.8%, terburuk sejak data mula diperkenalkan pada tahun 1980.

Walaupun angka tersebut lebih kecil berbanding pengucupan 32.9% di AS, namun ianya lebih besar dari kejatuhan terbesar yang pernah dialami oleh Jepun pada Q1 2009, ketika mana kejatuhan Lehman Brothers menggegarkan pasaran kewangan global.

Di samping itu, penyusutan tiga suku tahun berturut-turut juga telah menekan saiz KDNK Jepun ke paras terendah sedekad yang lalu, menghapuskan kesemua faedah yang diperoleh menerusi rasangan dasar ‘Abenomics’ yang diperkenalkan oleh PM Shinzo Abe sejak tahun 2012.

Ukuran KDNK benar Jepun telah menyusut kepada 485 trilion yen, terendah sejak April-Jun 2011, tempoh di mana Jepun masih menderita dari isu dua dekad deflasi dan kemerosotan ekonomi.

Sementara ekonomi masih berusaha keluar dari kemelut selepas sekatan pergerakan yang diangkat pada akhir Mei, banyak penganalisis melihat bahawa pemulihan pada suku tahun ini (Q3) akan bergerak sederhana berikutan kebimbangan terhadap gelombang virus yang kedua.

“Pengucupan yang besar dapat dijelaskan oleh penurunan penggunaan dan eksport,” kata Takeshi Minami, ketua ekonomi di Institut Penyelidikan Norinchukin.

“Saya menjangkakan pertumbuhan akan berubah positif pada suku Julai-September. Namun secara global, pemulihan masih perlahan diseluruh dunia kecuali China”, tambah beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: