General Images Of Yen Banknotes

Jepun Tambah 2 Trilion Yen Perbelanjaan Untuk Kurangkan Tekanan Ekonomi Akibat Inflasi

Kerajaan Jepun telah memutuskan pakej tambahan bernilai lebih daripada 2 trilion yen, atau kira-kira AS$15 bilion, untuk mengurangkan kesan lonjakan harga terhadap isi rumah dan perniagaan.

Pakej itu telah diluluskan pada mesyuarat pasukan petugas kerajaan pada hari Rabu, melibatkan satu pembayaran terus sebanyak 30,000 yen, atau kira-kira AS$226 dolar kepada isi rumah berpendapatan rendah.

Kemudian, 50,000 yen lagi, atau kira-kira AS$377 dolar, akan disediakan untuk setiap kanak-kanak di isi rumah tersebut.

Selain pembayaran tunai baharu kepada isi rumah berpendapatan rendah, Ketua Setiausaha Kabenit Jepun Haroku Matsuno turut mengumumkan subsidi untuk mengekang bil elektrik isi rumah.

Berita itu mengesahkan tajuk utama pada hari sebelumnya dari media Jepun Yomiuri yang melaporkan tetang usaha kerajaan untuk mempertahankan rakyat daripada kenaikan harga.

Berita itu juga menyatakan bahawa subsidi gas Petroleum Cecair (LP) juga disyorkan untuk isi rumah berpendapatan rendah.

Tunjang kepada pakej itu adalah untuk menambah sejumlah 1.2 trilion yen kepada “subsidi sementara pemulihan wilayah” yang menggalakkan langkah-langkah mengikut budi bicara kerajaan tempatan supaya boleh bertindak lebih fleksibel mengikut situasi sebenar, kata Yomiuri.

Kerajaan bercadang untuk memanfaatkan dana rizabnya dalam belanjawan tahun fiskal semasa untuk membiayai pakej tersebut.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *